ID Pengguna:
Kata Laluan:
Iklan Perjawatan

Hubungi Kami

Makluman

PENGUMUMAN


MAKLUMAN : PERMOHONAN JAWATAN PENTADBIRAN AKAN DIBUKA MULAI 27 April 2017 SEHINGGA 10 Mei 2017. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMPELAWA CALON-CALON YANG BERKELAYAKAN, DINAMIK DAN BERMOTIVASI TINGGI UNTUK MEMOHON JAWATAN YANG SEDANG DITAWARKAN.

 Maklumat Umum

    Apakah sistem aplikasi ini?

Sistem ini menyediakan kemudahan permohonan perjawatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui laman web secara 'on-line'. Sistem ini dikenali sebagai e-IRIS.

    Apa yang harus dilakukan?

Untuk mencapai kemudahan yang disediakan, pengguna mesti mendapatkan ID Pengguna dan Katalaluan dengan berdaftar terlebih dahulu melalui sistem e-IRIS. Sila Klik Permohonan Jawatan Akademik bagi permohonan jawatan Akademik ATAU Permohonan Jawatan Pentadbiran bagi permohonan jawatan Bukan Akademik untuk mendaftar. Kemudian pengguna boleh membuat capaian berikut :

i.                     Sila klik Permohonan Baru dan Pilih Jawatan yang ingin dipohon. Pastikan jawatan yang dipohon MUKTAMAD sebelum butang Seterusnya diklik. Anda TIDAK DIBENARKAN mengubah jawatan yang telah dipilih.

ii.                   Mengisi semua borang yang perlu diisi dengan lengkap . Kemudian tekan butang Seterusnya untuk mengisi borang seterusnya.

iii.                  Semak setiap borang yang telah diisi. Pastikan kesemua maklumat telah lengkap diisi.

iv.                 Buat pengesahan permohonan melalui butang Pengesahan Borang pada skrin Semakan.

    Bagaimana sistem memproses permohonan?

Semua maklumat yang dihantar akan disimpan di dalam pangkalan data e-IRIS.

Status permohonan akan sentiasa dikemaskini oleh sistem mengikut proses yang dilakukan seperti di bawah :

Proses

Status

Pengisian borang permohonan

Permohonan Belum Lengkap

Menekan butang Simpan

Permohonan Belum Diterima

Menekan butang Pengesahan

Permohonan Diterima

Proses semakan syarat oleh e-IRIS

Permohonan Sedang Diproses

    Keperluan minimum penggunaan sistem e-IRIS

Komputer peribadi (PC) atau komputer riba (notebook) yang boleh membuat capaian Internet dengan spesifikasi minimum seperti di bawah: 

  1. Perkakasan

i.         Pentium II 200 Mhz

ii.       RAM 64 Mb

iii.      Modem 56kbs 

  1. Perisian

i.         Internet Browser (IE 5.0, Netscape 4.0 atau lebih tinggi)

ii.       Acrobat Reader

iii.      Ms Word 95 ke atas

NOTA :
Paparan terbaik dengan menggunakan IE Versi 5 ke atas dan resolusi 1024 X 768

 

       


Hakcipta Terpelihara 2007 USIM.

Penafian : Universiti Sains Islam Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.