ID Pengguna:
Kata Laluan:
Iklan Perjawatan

Hubungi Kami

Makluman

FAQ e-IRIS
  1. Adakah saya boleh memohon lebih daripada satu kali?

YA. Anda dibenarkan memohon lebih daripada satu (1) kali tetapi tidak lebih daripada DUA (2) kali. Setiap satu (1) permohonan membenarkan anda memilih 3 jawatan yang ditawarkan. Setiap permohonan mempunyai No. Borang yang unik. Sila pastikan anda menyimpan No. Borang anda yang dipaparkan disebelah kanan borang permohonan (berwarna merah) untuk rujukan dan semakan status anda kelak.

  1. Adakah saya dibenarkan menukar pilihan jawatan yang telah dibuat?

TIDAK. Anda tidak dibenarkan menukar pilihan jawatan yang telah dibuat. PASTIKAN pilihan jawatan yang dibuat adalah MUKTAMAD sebelum borang permohonan mula diisi.

  1. Adakah saya dibenarkan mengemaskini maklumat saya selepas Pengesahan Borang pada borang Semakan dibuat?

TIDAK. Anda tidak dibenarkan mengemaskini maklumat yang telah dihantar selepas Pengesahan Borang dibuat. Tetapi anda HANYA dibenarkan mengemaskini Alamat, No. Telefon dan Alamat email anda untuk tujuan pentadbiran USIM.

  1. Saya adalah kakitangan yang sedang berkhidmat dengan kerajaan. Adakah saya dibenarkan memohon jawatan melalui e-IRIS?

YA. Anda LAYAK untuk memohon melalui e-IRIS dan mencetaknya untuk tujuan pengesahan Ketua Jabatan anda. Sila kemukakan Borang Pengesahan Ketua Jabatan anda semasa hadir temuduga.

  1. Saya menerima mesej 'duplicate key' selepas klik butang 'seterusnya' untuk ke skrin berikut. Apakah yang perlu saya lakukan ?

Tekan kekunci 'backspace' di papan kunci untuk kembali ke skrin sebelumnya dan klik butang 'seterusnya' di skrin tersebut. Skrin data akan dipaparkan jika tiada masalah. Sekiranya masih menghadapi masalah yang sama sila logout dan login semula dan pilih kemaskini permohonan untuk teruskan proses menginput.

  1. Saya menerima mesej 'timeout' semasa sedang membuat proses menginput. Apakah yang perlu saya lakukan ?

Gangguan 'timeout' mungkin disebabkan oleh kelajuan Internet yang lembab. Jika tetingkap (window) 'timeout' dipaparkan, klik pada butang 'try again'. Satu tetingkap kecil akan dipaparkan untuk mengesahkan tindakan tersebut. Klik butang OK untuk meneruskan tindakan ini. Hubungan PC dengan Server akan dipulihkan semula. Sekiranya masih menghadapi masalah yang sama sila logout dan login semula dan pilih kemaskini permohonan untuk teruskan proses menginput.

       


Hakcipta Terpelihara 2007 USIM.

Penafian : Universiti Sains Islam Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.