ID Pengguna:
Kata Laluan:
Iklan Perjawatan

Hubungi Kami

Makluman

PANDUAN PENGGUNA E-IRIS

A. AM

1.

Setiap individu perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan permohonan secara online (e-IRIS)

2.

Hanya SATU (1) Pendaftaran sahaja dibenarkan bagi setiap individu.

3.

 Setiap pemohon HANYA dibenarkan membuat DUA (2) kali permohonan sahaja dalam tempoh satu-satu iklan perjawatan.

4.

Pengguna e-IRIS dinasihatkan agar menyediakan semua maklumat yang difikirkan perlu sebelum mula membuat permohonan menggunakan e-IRIS. Antara Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

(i)            Kelulusan peringkat sekolah (UPSR/PMR/SPM) mana yang berkaitan.

 

(ii)          Kelulusan peringkat tertinggi (sijil/diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana/PhD) mana yang berkaitan. 

 

(iii)         Maklumat perkhidmatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun 

 

(iv) Keputusan peperiksaan lain ? MUET/IELTS/TOEFL

5.

Pemohon juga diingatkan supaya memastikan bahawa pemohon sentiasa mempunyai capaian internet (internet connection) dalam tempoh permohonan dibuat.

6.

Pemohon perlu memastikan semua maklumat yang diberikan adalah BENAR dan sekiranya maklumat itu didapati palsu, permohonan anda akan DIBATALKAN. Sekiranya anda telah ditawarkan jawatan, tawaran tersebut boleh DITARIKBALIK dan anda boleh dikenakan TINDAKAN undang-undang.

7.

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

 

 


 

B. PENDAFTARAN

1.

Baca dan fahami Terma dan Syarat yang diberi dan pilih Ya atau Tidak dan klik hantar.

2.

Sila masukkan nombor kad pengenalan baru bagi pemohon warganegara dan nombor pasport bagi pemohon bukan warganegara untuk tujuan pendaftaran ID Pengguna.

3.

Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik Daftar.

 

C. LOGIN

1.

 Masukkan ID Pengguna dan kata laluan dan klik Login.

 

D. LUPA KATA LALUAN

1.

 Jika anda terlupa kata laluan, klik pada Lupa Kata Laluan dan isikan maklumat yang diperlukan. Sekiranya maklumat yang diberikan adalah tepat, kata laluan akan dipaparkan.

 

E. PERMOHONAN JAWATAN

1.

Butang Permohonan Baru adalah untuk memohon jawatan yang diiklan.

2.

Butang Kemaskini Permohonan adalah untuk mengemaskini maklumat yang telah dikemukakan bagi jawatan yang dipohon.

Permohonan hanya boleh dikemaskini jika maklumat belum dihantar. Sila klik Simpan di akhir permohonan sekiranya anda masih ingin mengemaskini maklumat kemudian. 

Sila klik Hantar untuk mengemukakan permohonan sekiranya anda tidak ingin mengemaskini maklumat kemudian.

3.

Butang Semakan adalah untuk menyemak status permohonan bagi jawatan yang telah dipohon. Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

4.

Semua borang permohonan perlu diisi dengan lengkap dan tepat serta dihantar dan disahkan dalam tempoh iklan perjawatan dibuka.

5.

Anda dinasihatkan menyemak dan mencetak kesemua maklumat yang telah dimasukkan sebelum proses PENGESAHAN dibuat untuk tujuan rujukan sekiranya perlu.

 

F. SYARAT PERMOHONAN DAN KELAYAKAN

1.

 Pemohon hendaklah memastikan syarat kelayakan minimum jawatan yang dipohon. Sila semak skim perkhidmatan bagi setiap jawatan yang diiklankan di bahagian Iklan Jawatan.

2.

Pemohon sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan, hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan beserta Laporan Penilaian Prestasi Terkini dan Kenyataan Perkhidmatan dan dibawa semasa temu duga.

3.

Pemohon hendaklah sentiasa memastikan maklumat yang diberikan adalah benar. Semua maklumat yang diberikan adalah tertakluk kepada pengesahan sijil-sijil asal semasa temu duga (bagi calon yang disenarai pendek sahaja).

 

       


Hakcipta Terpelihara 2007 USIM.

Penafian : Universiti Sains Islam Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.