ID Pengguna:
Kata Laluan:
Iklan Perjawatan

Hubungi Kami

Makluman

Jawatan Akademik

Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

BIL JAWATAN DAN GRED Pautan

Bidang - Field

JAWATAN KOSONG AKADEMIK

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

JAWATAN :

  • Profesor Universiti Gred VK7

  • Profesor Madya Gred DS53

  • Pensyarah Universiti Gred DS51

KELAYAKAN :

  • Sekurang-kurangnya Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang yang diperlukan.
  • Ijazah Sarjana: 3.60 (CGPA)
  • Ijazah Sarjana Muda: 3.00 (CGPA)

Jabatan

KEPERLUAN BIDANG

SYARAT TAMBAHAN

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Pelancongan

  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya setahun dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penerbitan buku dan jurnal dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penyelidikan dalam bidang berkaitan.

Pusat Pengajian Teras

Sosiologi/ Sains Sosial

  • Kelayakan yang bersesuaian dengan kursus-kursus Wajib Universiti (Hubungan Etnik, Tamadun, Peradaban, Sejarah)
  • Kelayakan dalam bidang Pengajian Islam dan kemahiran berbahasa Arab.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang.

Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah

  • Kelayakan dalam bidang Pengajian Islam dan kemahiran berbahasa Arab.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang.

Kolej GENIUS Insan

Fizik,
Matematik Moden & Matematik Tambahan,
Bahasa Melayu, 
Bahasa Arab,
Sejarah

  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar.
  • Berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi.
  • Bersedia menerima cabaran dari pelajar pintar, kreatif, kritis dan komited.
  • Berkeupayaan mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar berbakat.
  • Sentiasa bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan.
  • Memiliki kesihatan yang baik dari segi emosi, mental dan fizikal.
  • Mempunyai latar belakang pendidikan agama / pernah mendapatkan pendidikan agama diberikan keutamaan
  • Bersedia memberi khidmat profesional yang tinggi mutunya terhadap objektif pendidikan pintar berbakat.
  • Memahami aspirasi dalam pembangunan “Pendidikan Pintar Berbakat”
  • Berkeupayaan melakukan jaringan dalam dan luar negara dalam bidang berkaitan.
  • Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa diberi keutamaan.
  • Mempunyai kecenderungan mendalam dan memahami proses integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
  • Mempunyai minat dan keupayaan menjalankan aktiviti kokurikulum.
  • Memahami dan menguasai keperluan kurikulum SPM yang terbaharu.

 

 

 

BUTIRAN PERMOHONAN :

  • Permohonan hendaklah dibuat menerusi website http://www.usim.edu.my  mulai 6 Ogos 2019 (Selasa).   Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  • Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988114/88126.

Tarikh tutup permohonan : 19 Ogos 2019 (Isnin)

       


Hakcipta Terpelihara 2007 USIM.

Penafian : Universiti Sains Islam Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.